Usrah.
mungkin perkataan ini satu perkara yang tidak biasa didengar jika berada di sekolah yang tiada pengkhususan aliran arab atau sekolah yang tiada asrama.
Bukti? Aku sendiri tak pernah dengar perkataan usrah semasa di sekolah menengah dulu. Percaya atau tidak, terpulang kepada readers utk menilai sendiri.
Sebelum aku jejak ke menara gading, aku berharap sangat bila di universiti nanti, aku nak join kelompok yang bernama usrah. Tapi, pada ketika itu, aku tak tahu yang kelompok yang membincangkan perihal agama ini namanya usrah.
Masa aku semester satu, ada seorang kakak ajak aku join usrah.Dan aku join usrah dengan mereka. Aku ada naqibah, satu perkara yang aku pernah imagine sebelum masuk universiti dulu.
Sehingga kini, setelah hampir 3 tahun masa itu telah berlalu.
Kini, aku menjadi seorang naqibah, kepada beberapa orang smart girls.. iaitu team Bidadari Syurga, Insan terpilih, Kami Generasi Hebat dan Deen Girls ( DG). Aku tidak pernah membayangkan aku akan menjadi seperti ini. Kerana aku ada sedikit kefahaman untuk dikongsikan dengan mereka. Mungkin sahabat2 di sekolah lama akan rasa dengan perubahan pada diri aku.
Bagi aku, inilah aku.. diri aku yang sebenarnya, siapa aku yang selayaknya, dan bagaimana aku treat diri aku sendiri. Dulu, mungkin aku tidak berlaku adil pada diri aku sendiri.
Sungguh Allah, telah memuliakan darjat seorang wanita muslimah, tapi bagaimana pula kita melakukan diri diri?
Usrah bukanlah segala-galanya, tapi segala-galanya bermula dengan usrah.Tarbiyah bukanlah segala-galanya, tapi segala-galanya bermula dengan tarbiah. Dengan tarbiyah, syurga mampu ditembusi oleh kita. InsyaAllah
Aku sering mengingatkan kepada team Dg, bahawa beradanya kita di dalam perjuangan ini adalah bermula dengan usrah. Jangan rasa berat hati atau terpaksa untuk melakukan kerja ini, kerana janji Allah itu pasti.
Yakinlah dengan janji Allah, Surah Muhammah ayat 7,
'wahai orang yang beriman! jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
Segala-galanya bermula dengan tarbiah & usrah . Jangan pandang ringan pada usrah yang nampak 'simple' u.s.ra.h.
Usrah iumpama nuclues dakwah,tanpa usrah kita mungkin rebah,
Kita tak akan mudah goyah, bila bersatu dalam jemaah.
Terima kasih kepada Allah, kerana memberi aku peluang utk bersama dalam perjuangan ini, terima kasih kepada naqibah yang meluangkan masa untuk buat usrah dengan aku.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSungguh. Usrah membina jiwa-jiwa. Usrah adalah tautan hati yang rindukan Allah.
Saya pulak macam susah nak curi masa nak buat usrah. Setakat berkongsi santai-santai dengan kawan-kawan gitu je. Nak usrah jugak :(
waalaikumussalam.. ukhti Noorvictory
ReplyDeletesaya setuju dgn pendapat ukhti,
mungkin istilah 'susah nak curi masa nak buat usrah' tukar kepada tetapkan masa untuk usrah..
apa2pun, teruskan tautan hati tersebut, kerana banyak perkara yang bermanafaat boleh dikongsikan dalam bulatan tersebut.
Nak usrah jugak? boleh je.. kita bukan gagal mengurus masa, tapi kita mungkin gagal mengurus aktiviti
salam