Soalan :
"Profesor, saya tidak pernah mengundi dan
saya sendiri tidak pernah kisah dengan isu pilihan raya. Pada saya,dalam
politik semuanya sama. Saya tidak suka terlibat dengan politik. Tidak kira
politik kampus, mahupun politik negara. Bolehkah saya terus berpegang pada cara
ini?"
Jawapan Prof Dr Muhaya :
"Pertama, kita perlu betulkan perspektif
kita berkaitan dengan politik. POLITIK dan ISLAM tidak boleh dipisahkan.
Mengapa kita tidak menyukai politik?. Ini kerana, dalam politik barat mereka
mencari kuasa dan menjatuhkan orang lain.
Politik islam pula bertujuan mentadbir dan
mengurus dunia berdasarkan keadilan. Kita perlu PRIHATIN dengan politik. Ambil
perhatian atas perkara-perkara yang berlaku. Gunakan kuasa memilih yang kita
miliki bagi menentukan pemimpin yang dapat menegakkan kesejahteraan dan
keadilan kepada rakyat.
Sekiranya kita tidak mengundi, orang yang tidak
sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan mendapat kuasa itu.Apabila orang
yang tidak layak mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu.
Ini kerana kita tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi. Islam
menggalakkan kita bermusyawarah dalam kehidupan, mengundi adalah cara
musyawarah peringkat global.."
Dipetik dari Buku "PELAJAR BERTANYA PROF.
DR.MUHAYA MENJAWAB"
No comments:
Post a Comment