Ada sesuatu yang menggelikan hati.. melihat reaksi mereka..
Betullah kata orang hidup ini perlu dinikmati.. tapi ada caranya.. aku percaya ramai orang menikmati hidup ini dengan perkara-perkara yang diminati...
kadang-kadang kehidupan sebagai seorang mahasiswa/remaja/pelajar/ anak ini besar tanggungjawab dan pancarobanya.. Cey~
iye betul... bermula dengan zaman remaja, adalah satu zaman yang sangat kritikal dan di sinilah terdapat pelbagai insiden yang perlu ditempuhi.. kan.. bermula dengan pilihan kenalan, scanning itu perlu sebelum memilih kawan utk dijadikan sebagai ikutan. Sebab apa kan.. menurut kajian rakan sebaya adalah orang kedua yang rapat selepas ibu bapa, segala masalah dikongsi bersama.Tapi, ini tidak bermakna kita perlu menjauhkan diri dengan orang yang tidak berapa comel akhlaknya.. Jadi di sinilah peranan kita untuk mendekati golongan ini untuk bersama-sama mengajak mereka ke arah kebaikan.. kata orang .. amar makruf nahi mungkar... mesti tak nak masuk syurga sorang-sorang kan..
"Kamu (umat islam) adalah umat terBaik yang diLahirkn untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kpd Allah." [2:110]. "Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar." [8:28]
Namun, tak kurang juga... perkara yang paling penting adalah hubungan dan pergantungan kita kepada Allah swt. Aku sendiri pernah tertanya-tanya sejauh mana kebergantungan aku kepada Allah..
Sebab... pernah satu ketika, aku tidak bersama team bulatan gembira untuk satu masa yang agak lama. Cuti kan.. semua orang kat kampung, tapi aku di taska. Jiwa ini perlu diisi agar ia tidak menjadi gersang. Kerana waktu itu rindu sangat kepadaNya.
Mungkin semasa di kampus, keterlibatan dengan usrah dan pengisian yang ada akan membuatkan jiwa yang gersang ini sentiasa terisi. Tapi, bagaimana pula bila satu hari nanti aku tidak lagi bersama dengan mereka. Percayalah!Aku tidak akan selama-lamanya akan menjadi seorang mahasiswi. Kehidupan perlu diteruskan bukan? walau mungkin ada hati yang tidak rela... masa itu tetap akan berlalu, dan mungkin setiap perkara hanya akan tinggal sebagai kenangan. Oh tidak!mungkin hati akan menjerit. aku harap sangat perkara ini akan berterusan walaupun mungkin satu hari nanti aku akan mempunyai kehidupan sendiri.
Ya.. memang benar, semasa berada di taska, aku ada menyuarakan.. sebenarnya, jiwa saya sakit, saya tidak dapat meneruskan hidup bila lihat saya dikelilingi oleh orang yang tidak sama fikrah dengan saya. Allahu rabbi ! Hajar... mengapa disalahkah persekitaran? maafkan hambaMu ya Allah.
Aku tidak selesa bila berada dalam kelompok itu. Bukankah persekitaran adalah satu faktor yang mempengaruhi seseorang ? sama seperti aku.. Cuma pada tika itu, jiwa yang besar. I'm strong itu perlu hadir. Jiwa aku tak cukup besar.
Di sinilah pergantungan kita kepada Allah dapat kita uji.. Sebenarnya sejauh mana pergantungan kita kepada Allah.. jika diri ini masih lagi mengharap kehadiran mereka di sisi.. mungkin aku boleh katakan pergantungan kepada Allah itu masih kurang.. Mungkin perkara ini perlu diterapkan dalam bulatan gembira.
Berpijak di bumi yang nyata itu perlu. Aku sedar, tak selamanya kita akan bersama,beruntunglah diri kamu jika dapat pasangan yang sama fikrah, ramai yang cakap begitu. Aku mengiyakan.. Benar! Mungkin kita tidak akan selama-lamanya bersama, tapi Allah sentiasa bersama dengan kita, setiap masa. Tidak pernah sedetik Allah melupakan kita. Benar bukan..
Jadi... mari bersama kita, letakkan sepenuhnya pergantungan kita kepada Allah.. Yakin dengan-Nya.. dulu aku tertanya-tanya.. bagaimana aku nak meletakkan sepenuhnya pergantungan kepada Allah.. hari ini, jawapannya.. ialah Keyakinan kepada-Nya... iman itu sendiri adalah Yakin dengan sepenuh hati.. Yakinlah dengan sepenuh hati tanpa ragu-ragu, baik dari segi rezeki, jodoh, malah segala-galanya... Bukan lagi bergantung kepada manusia.
Selangkah kita berjalan ke arah-Nya, seribu langkah Allah 'berlari' mendapatkan kita.
Seorang Ulama berjiwa besar. Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
No comments:
Post a Comment