Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Sunday, March 13, 2011

Mengenal Standard Halal Malaysia

MENGENAL STANDARD HALAL MALAYSIA
            Standard bermaksud spesifikasi barangan yang telah ditetapkan dan digunakan sepanjang masa, sebagai satu garis panduan atau tahap kualiti. Standard Malaysia bererti standard kualiti yang dirujuk oleh pihak yang berkaitan dengan industri di Malaysia. Standard ini ditulis sebagai MS. Standard ini juga merupakan satu garis panduan yang diikuti secara sukarela. Keperluan dalam MS 1500:2004 wajib dipatuhi jika sesebuah syarikat itu ingin memohon sijil JAKIM. MS 1500:2004 adalah dokumen rasmi yang digunakan sebagai rujukan kerja-kerja pensijilan HALAL JAKIM.
Logo halal Malaysia seperti rajah di bawah.




                                          RAJAH 1 : Logo halal Malaysia
Dalam standard Malaysia makanan halal merangkumi aspek pengeluaran, penyediaan, pengendalian dan penyimpanan. Standard Malaysia ini mengandung  beberapa kriteria. Kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi itu adalah Garis-Garis Panduan Yang Praktikal Bagi Industri Makanan Mengenai Penyediaan Dan Pengendalian Makanan Halal, Peraturan Asas Bagi Produk Makanan Serta Perdagangan Atau Perniagaan Makanan Di Malaysia dan Standard Diguna Bersama MS 1480:1999, Keselamatan Makanan Mengikut Hazard Analysis And Critical Control Point (HACCP) Dan MS 1514:2001, Prinsip Am Kebersihan Makanan.
Malaysia merupakan negara pertama dunia yang memperkenal standard halal secara menyeluruh dan kini meluaskan konsepnya melalui penggunaann e-Halal.
Pada masa yang sama negara Malaysia yang merupakan pengerusi kepada Persidangan Negara-negara Islam (OIC) telah  menjadi Hab Halal Dunia pada 2010. Dengan kata lain, Malaysia berazam mencapai status negara pengeluar utama produk makanan dan perkhidmatan halal bagi keperluan dunia pada tahun tersebut.
Penduduk Islam di dunia yang mencapai 1.6 billion orang dan 60 peratus penduduk di Asia beragama Islam dan menjadikan hasrat Malaysia ini begitu realistik. Kini, setelah setahun hab halal diperkenal ianya telah membuka peluang yang begitu luas buat usahawan Muslim sebagai pengeluar makanan halal. Kesedaran masyarakat bukan Islam yang turut memahami kepentingan produk makanan halal dalam kehidupan seharian mereka merancakkan lagi perkembangannya.
Hab menurut Kamus Dewan edisi keempat ialah bahagian tengah sesuatu roda. Namun, dalam konteks yang sedang kita bincangkan hab di sini bererti pusat halal dunia. Malaysia sebagai One Stop Centre. Usaha menjadi hab  halal dunia telah banyak menyumbang dalam ekonomi negara. Buktinya,  semasa berlangsungnya Pameran Halal Antarabangsa Malaysia Keempat (Mihas 2007) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, sebanyak RM213.9 juta jualan serta-merta diterima sepanjang pameran berlangsung. Pameran itu melibatkan penyertaan sebanyak 426 syarikat berbanding 392 buah pada tahun 2007. Jelaslah, memperlihatkan kepada kita bahawa produk halal ini begitu diyakini dan mempunyai prospek yang begitu luas.


p/s : :)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...