Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Monday, March 14, 2011

Dajjal

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya, ‘Minal Munzharin’ seperti  halnya Nabi Isa AS yang diangkat oleh Allah SWT ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan dikuburkan di Madinah AL-Munawwarah.

Ayahnya seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan ibunya seorang  perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al-Barzanji, ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yang dikenali dengan nama ‘Syaq; manakala ibunya adalah dari bangsa Jin.

Ia hidup di Zaman Nabi Sulaiman AS dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecilnya tidak diketahui dengan jelas.

Hadis Huzaifah RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda, ‘Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka’.
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yang disebutkan dalam Hadis Rasulullah SAW, diantaranya :

1.    Seorang yang kelihatannya masih  muda.
2.    Berbadan besar dan agak kemerah-merahan.
3.    Rambutnya kerinting dan tebal.
4.    Kelihatan dari belakang seolah –olah dahan kayu yang rimbun.
5.    Dan tandanya yang paling ketara sekali ialah :

    Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yang kecut, manakalan mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang.

Kedua-dua matanya adalah cacat. Tertulis di dahinya tulisan ‘Kafir (Kaf-Fa-Ra)’ . Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap orang Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.

Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat tinggalnya sekarang
Menurut riwayat ‘Sahih Muslim’. Dajjal itu telah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulai dan ditunggu oleh seekor binatang yang bernama  ‘Al-Jassasah’.

Daripada hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu  masa yang diizinkan oleh Allah SWT untuk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat ‘transittnya’ itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya?

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama 40 hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dengan setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan hari ketiga sama seperti seminggu dan hari-hari lain ialah seperti hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.
Dalam hadis riwayat Muslim ada disebutkan , Kami bertanya, ‘ Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini ?’ Nabi SAW menjawab, ‘ ia  akan tinggal selama 40 hari’.

Hari pertama seperti setahun  dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti semingga. Kemudian hari yang masih tinggal lagi ( 37 hari) adalah sama seperti hari yang biasa.

Lalu kami bertanya, ‘Wahai Rasulullah SAW! Di hari yang panjang seperti setahun itu, apakah cukup hanya solat yang sehari sahaja ? ( iaitu 5 waktu sahaja).

Nabi menjawab, ‘Tidak cukup, kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar yang bersesuaaian bagi setiap solat’.

Misalnya sudah berlalu 7 jam selepas Subuh pada hari itu maka masuklah waktu Zohor, maka hendaklah kita solat Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas zohor itu 3 jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita solat Asar dan begitulah seterusnya waktu solat maghrib, Isya’ dan Subuh.

Sehingga habis hari yang panjang itu sama panjangnya dengan masa satu tahun dan bilangan solat pun pada sehari itu sebanyak bilangan solat setahun yang kita lakukan. Begitu juga pada hari kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal.
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah SWT untuk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yang luar biasa. Diantara kemampuan dajjal ialah :
1.    Segala kesenangan hidup aka nada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut.
Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan . Di saat itu dajjal akan muncul membawa hujan.
2.    Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan , ia akan berkata pada awan, ‘Hujanlah kamu di daerah ini,! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan dajjal. Manakala, penduduk yang tidak mahu bersekutu dengan dajjal, mereka akan tetap berada dalam kebuluran  dan kesusahan. Dan ada diriwayatkan penyokong dajjal akan memiliki segunung  roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya akan berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasulullah SAW bertanya, ‘jadi apa yang dimakan oleh Islam yang beriman pada hari itu wahai Rasulullah?’
Nabi Muhammad SAW menjawab , ‘mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil , bertakbir, bertasbih, dan bertaubat. Jadi zikir-zikir  itu yang akan menggantikan makanan’
                        Ada bersamanya seumpama Syurga dan Neraka :
            Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama Syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal  akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman umat Islam. Kerana hakikat yang benar adalah sebalik apa yang kelihatan. Apa yang dikatakan syurga itu sebenarnya neraka dan apa yang dikatakan neraka itu adalah syurga.
3.    Kepantasan perjalanan dari negeri-negeri yang tidak dapat dimasukinya :
Kepantasan yang dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yang digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu km dapat ditempuh dalam 1 jam.

Kami bertanya, ‘wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini?’ Nabi menjawaa, ‘kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan ‘Al-Ghaist; (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang’ – HR Muslim

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki 2 bandar suci umat Islam iaitu :
1.    Makkah Al-Mukarramah.
2.    Madinah Al-Munawwarah

4.bantuan syaitan –syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya :
 Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yang terbaik untuk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam AS
Waallaualam...

p/s : sudah bersediakah kita sebagai umat Islam untuk menghadapi dajjal? Sedara atau tidak, kita semakin hampir dengan akhir zaman. Persiapkanlah diri kita...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...