Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Sunday, March 13, 2011

Makanan Halal dan Haram

Umat Islam dituntut mengikut syariat Islam yang telah mengatur kehidupan manusia dengan lengkap dan sempurna. Islam telah mengatur segala aspek kehidupan manusia termasuk juga soal pemilihan makanan. Hal ini kerana, makanan yang diambil akan mempengaruhi tingkah laku manusia dan memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal. Makanan merupakan keperluan asas bagi setiap organism hidup.Setiap organisma memerlukan sumber makanan. Terdapat pelbagai sumber yang boleh kita perolehi pada masa kini. Namun demikian, kita juga perlu berusaha untuk  mencari sumber makanan yang baik berlandaskan syariat Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip makanan halal adalah salah satu perkara yang sangat dititikberatkan dalam ajaran Islam. Secara umumnya, prinsip halal ini melibatkan dua perkara iaitu diperolehi daripada sumber yang halal atau haram. Sumber haram seperti harta curi, perjudian, rasuah, penipuan dan sebagainya yang diharamkan menurut syariat Islam. Perkara yang kedua  pula berkaitan dengan zat atau barangan itu sendiri sama ada halal atau sebaliknya.
Pada masa kini, begitu mudah untuk mendapatkan makanan. Dunia sekarang ‘semuanya di hujung jari anda’, sebagai contoh kepada maksud saya , anda hanya perlu capai sahaja telefon bimbit dan terus dail nombor bebas tol untuk memesan makanan yang anda inginkan seperti Kentucky Fried Chicken (KFC),Pizzz Hut, McDonald dan sebagainya. Pada masa yang sama, kita juga begitu terdedah kepada pelbagai makanan dan minuman yang berada di pasaran khususnya produk import yang rata-ratanya datangnya dari negara bukan Islam dan diusahakan oleh orang bukan Islam. Situasi ini  pastinya menimbulkan banyak persoalan berkaitan masalah-masalah produk ini. Namun demikian, sejauh manakah kepastian kita tentang kehalalan makanan tersebut? Adakah kita benar-benar yakin bahawa makanan itu halal dimakan?  Tentu sahaja bukan mudah untuk kita mengenali sumber bahan-bahan tersebut, sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda :
 “Tinggalkanlah apa yang meragukan untuk menuju kepada sesuatu yang tidak meragukan”.


1 comment:

  1. Halal dan haram telah jelas, terpulang untuk kita memilih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...