Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Saturday, March 12, 2011

Tsunami PERINGATAN buat kita semua :)



Assalamualaikum. Apa khabar jejak Qi? Alhamdulilah pada hari ini, kita mas­­­­­­­­ih dapat bernafaz, kita masih berpeluang menikmati keindahan alam pada pagi ini. Bersyukurlah kita kerana tinggal di negara yang aman, namun dalam kita bergembira masih ada insan yang ditimpa bencana dan ujian dari Allah. Ujian dari Allah itu ada dua yakni ujian nikmat dan ujian kesusahan.

Pada hari ini kita digemparkan dengan kejadian Tsunami yang melanda di Jepun.  Menurut Berita harian, Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter dan menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh.

Agensi berita Kyodo melaporkan, gempa bumi menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.

Apabila mendengar cerita tsunami,  sedikit sebanyak memberi gambaran kepada kita dan mengimabu memori lalu apabila tsunami melanda Acheh dan negara kita. Kisah-kisah sedih dan menyayat hati masih bermain-main di fikiran apabila melihat ulang tayang di tv.

Tsunami merupakan bencana yang diturunkan Allah sebagai peringatan kepada manusia. Tidak dinafikan kebanyakan mala petaka yang berlaku adalah hasil kerja manusia sendiri. Apabila seseorang manusia itu melakukan kerosakan, dan tiada orang menegurnya (melakukan amar makruf nahi munkar), maka Allah akan turunkan bencana yg mana semua orang tak kira la orang beriman ke, orang kafir ke, orang berilmu ke, orang jahil ke dan pelbagai jenis orang lagi, semuanya akan terkena.

Bilakah Akan Terjadi Kehancuran


Dari Abu Hurairah Ra. Ia berkata: "Pada suatu hari ketika Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam sedang berada dalam suatu majlis dan berbicara dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A'rabi (Arab Badwi) lalu dia bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, "Bilakah akan te...rjadi hari kiamat?" Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam terus saja berbicara. Sebahagian yang hadir berkata, "Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disenanginya." Sementara yang lain berkata, "Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu." Sehingga apabila Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam selesai berbicara, beliau bersabda, "Di mana orang yang bertanya tentang hari kiamat tadi?" Lalu Arab Badwi itu menyahut, "Ya! Saya Ya Rasulullah." Maka Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, "Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari kiamat." Arab Badwi itu bertanya pula, "Apa yang dimaksudkan dengan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab, "Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kedatangan hari kiamat." (HR. Bukhari)

p/s :Pada hari ini banyak urusan telah diserahkan kepada yang bukan ahlinya, sedangkan orang yang layak untuk menjalankan urusan tersebut tidak diberi kesempatan yang sewajarnya. 

renung-renungkan , ujian atau bala dari Allah ? bergantung kepada jenis orangnya :)
Sekian, peace no WAR :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...