Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Sunday, March 13, 2011

MENGETAHUI SEBAB-SEBAB DAGING BABI DIHARAMKAN


                                                  RAJAH 2 : Babi atau khinzir
Babi adalah sejenis haiwan yang bermancung panjang dan berhidung leper dan dikatakan haiwan yang berasal daripada Eurasia. Dalam bahasa Arab babi dikenali sebagai khinzir. Babi adalah haiwan yang paling pintar dan mudah dipelihara jika dibandingkan dengan kucing dan anjing. Dalam Islam babi haram dimakan dan babi juga diharamkan untuk agama Yahudi.

Islam telah melarang segala jenis darah, analisis kimia daripada darah babi menunjukkan adanya kandungan asid uric yang tingg, iaitu aduan kimia yang berbahaya bagi badan dan  bersifat racun. Beberapa kenyataan yang mudah berkaitan dengan babi. Selain bijak, babi juga merupakan haiwan yang paling kotor dan hodoh. Babi gemar memakan bangkai dan kotorannya sendiri dan juga kotoran manusia. Tempat yang paling digemari oleh babi ialah tempat yang kotor, dan babi tidak suka berada di tempat yang bersih. Babi merupakan haiwan yang pemalas dan tidak suka bekerja iaitu malas mencari makanan, tidak tahan terhadap matahari,  tapi makannya rakus, lebih suka makan dan tidur, bahkan haiwan yang paling rakus di antara haiwan yang jinak. Jika ditambah umurnya, semakin malas dan lemah ia untuk membela diri dan tidak berhasrat untuk menerkam. Babi juga suka kepada sejenisnya dan tidak bersifat pencemburu.

Babi ialah haiwan yang rakus dalam pemakanan berbanding haiwan lain. Babi akan makan semua makanan yang ada di hadapannya dan babi juga akan memuntahkan semula makanan yang ada di dalam perutnya dan akan memakan semula muntahnya. Ia akan memakan objek di hadapannya seperti seperti najis haiwan lain, haiwan, tumbuhan, dan juga najisnya sendiri. Babi ialah satu-satunya mamalia yang makan tanah. Kulit manusia yang makan babi akan berbau hanyir.

Penelitian ilmiah moden di dua negara timur dan barat iaitu China dan Swedia, mendapati babi merupakan penyebab utama kanser anus dan kolon. Peratus penderita pesakit ini di negara Eropah yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastic terutamanya di negara-negara Eropah dan Amerika, serta di negara-negara Asia seperti Cina dan India. Sementara di negara-negara Islam, peratusannya amat rendah sekitar satu per seribu orang. Hasil kajian ini diterbitkan pada 1986, dalam Persidangan Tahunan Sedunia tentang penyakit alat pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo. Babi banyak mengandung parasit, bakteria, dan pelbagai bakteria lain yang merbahaya. Gara-gara babi, virus Avian Influenza A menjadi semakin mengganas. Virus normal A1 (Strain H1N1 dan H2N1) tidak akan menular secara langsung ke manusia. Virus ini akan mati pada suhu 60 darjah Celsius.

Penyakit-penyakit cacing pita merupakan penyakit yang sangat merbahaya yang terjadi melalui pemakanan babi. Ia berkembang di bahagian usus, dan beberapa bulan cacing itu akan menjadi dewasa.  Jumlah cacing pita boleh mencapai sehingga 1000 ekor dengan panjang empat hingga 10 meter, dan terus hidup  di tubuh manusia dan mengeluarkan telurnya melalui air besar. Lemak babi mengandung kelosterol paling tinggi berbanding dengan lemak haiwan yang lain. Darahnya mengadung asid yang paling tinggi.

Kesimpulannya, Islam mengharamkan pemakanan babi kerana babi membahayakan kesihatan manusia. Tubuh babi mempunyai pelbagai bakteria yang akan memudaratkan manusia. Sekiranya, perubatan moden ditemui dan mampu untuk mematikan semua bakteria yang ada dalam tubuh babi, namun demikian babi tetap diharamkan. Hal ini demikian kerana, babi mempunyai sifat dan perlakuan yang sangat buruk.  Secara teoritikalnya kita sudah mengetahui bahawa makanan yang diambil akan mempengaruhi perlakuan kita. Setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh manusia akan menjadi darah, sedikit sebanyak akan mempengaruhi tingkah laku manusia untuk berkelakuan seperti babi.

p/s : Allah menciptakan haiwan ini tanpa leher. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...