Alkisah, terdapatlah seorang pemuda kaya dan dikurniakan Allah kebijaksanaan. Pada suatu hari, pemuda ini pergi ke sebuah kampung untuk mencari orang yang alim yang boleh menjawab dan memberi jawapan yang munasabah kepada persoalannya. Dan jika tiada siapa yang mampu memberi jawapan yang relevan makan dialah yang terpandai sekali di dunia ini.
Suatu malam, selepas selesai solat berjemaah di surau kampung tersebut, orang kaya itu menyatakan hajatnya untuk bertemu dengan orang bijak pandai di kampung itu. Maka setelah bertemu dengan orang kampung yang bijak itu, lalu terjadinya komunikasi antara mereka seperti berikut ......
Orang kaya : Sepanjang saya menuntut ilmu saya mempunyai 3 persoalan. Namun, saya rasa tak da siapa yang boleh jawab soalan saya.
Bilal : Apakah 3 persoalan itu? Insya-Allah ana boleh jawab...
Orang kaya : okie...soalan .......
1) buktikan Allah itu wujud....
2) kenapa syaitan di bakar dgn api di akhirat sedangkan syaitan di perbuat dari api?
3) apa itu takdir?
jawabla kalau boleh, saya yakin anda tak tahu jawapannya ...
Namun, si Bilal tenang sahaja mendengar ketiga-tiga soalan yang diajukan oleh orang kaya itu, manakala orang kampung pula mula berbisik sesama sendiri dan suasana menjadi bingit.
Tiba-tiba.. si Bilal bersuara....
Baiklah ini jawapan ana, dengan serentak si Bilal menampar pipi orang tadi dengan kuat dan suasana menjadi sepi disebabkan tindakan yang diambil oleh si Bilal itu.
Orang kaya : aduhhhhh!!! kenapa awak tampar saya?
Bilal : itulah jawapan ana...
Orang kaya : saya tak paham......???
Bilal : sakit tak ana tampar?
Orang kaya : sakitlah!
Bilal : Buktikan kepada ana, bahawa sakit itu ada.......
Orang kaya : eeeeerrrrrrr..
Bilal : tangan ana berlapis dengan kulit dan kulit pipi anta pun berkulit
juga, kenapa kulit bertemu kulit sakit ??
Orang kaya : er.. ( terdiam )
manakala org kampung mula tersenyum suka.
Bila : itu jawapan ana yang kedua.
semalam anta ada mimpi akan jumpa ana pada malam ni? dan
bermimpi ana akan tampar anta?
Orang kaya : tak da..
Bilal : itulah namanya takdir......
p/s : Setiap makhluk Allah yang diciptakan mempunyai kehebatan dan kelemahan yang tersendiri :)
Sekian :) peace no War ..
No comments:
Post a Comment