I'm ok, You are Ok! I'm Great, You are great too!
'Yes to more abundance and less scarcity'
Bila mana kita mempunyai fikiran yang bersih dan jernih, hati yang suci dan bersih, kejadian atau peristiwa sepahit mana pun yang berlaku , diri kita akan nampak keberkahan dan keindahan hikmahnya.
ketika mengikut emosional, penuh prasangka buruk dan diperdaya perasaan, maka keindahan takdir-Nya tak akan nampak, apa yang ada adalah sibuk menambah dan memperumit masalah.
Mindset abundance adalah mereka yang mempunyai rasa percaya yang sangat tinggi kepada diri. Percaya bahawa diri adalah insan yang luar biasa, istimewa, berhak bahagia, mampu dan layak kaya, mampu dan layak berjaya, mampu dan layak dipercayai, mampu dan layak memimpin dan dipimpin, mampu dan layak dilindung dan melindungi, mampu dan layak menyayangi dan disayangi, mampu dan layak memberi dan diberi.,
Insan yang hebat ini percaya dia mampu dan layak melakukan hal-hal yang luar biasa hanya berSUMBERkan pergantungan, pertolongan, dan kekuatan dariNya, bukan pergantungan pada diri,manusia dan makhluk lain.
kerana apa? kerana Allah itu Maha berkuasa atas segala sesuatu. mengapa perlu ragu-ragu? letakkan sepenuh pergantungan kepada Allah.
Hati-hati! Ragu-ragu tentang kepercayaan ini berkait rapat dengan iman. Sebab itu , iman itu adalah percaya dan yakin dengan sepenuhnya. Bukan separuh-separuh, bukan sedikit.
Rasa percaya itu LAHIR dari rasa percaya bahawa sumber segala sumber diri dan kehidupan ini adalah DIA yang Maha segala2nya.
Dan bila mana aku terlupa apa yang sedang berlaku, cepat-cepat aku ingat formula kehidupan :
1/0 = infinity (~)
No comments:
Post a Comment