Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Wednesday, February 20, 2013

Formula kehidupan

Assalamualaikum.

Sepanjang aku belajar, macam - macam formula aku jumpa,
contohnya : 
 y = mX + C, H2O,NaCl, MgO, FeO3,       
              
Sekarang aku dah tak sentuh semua ni.

kalau dalam kaunseling ada analisis SWOT - tahu tak apa SWOT?

Strengths
Weaknesses
Opportunity
Threat

Ok, kita fokus pada tajuk di atas.

Aku bersyukur, kerana Allah swt menemukan aku dengan insan yang great! yang amazing, yang mengajar aku tentang 'formula kehidupan'. 

Inilah formula kehidupan

1/0 = ~ 

atau dalam perkataan one over zero equal infinity.

faham tak?
mai cikgu nak explain, tentang formula kehidupan di atas, hee..

1 = Allah
per
0 = manusia/hamba
equal 
infinity iaitu ketaksaan atau 'ketakterhinggaan' , 

so, ingat.. bila mana berada dalam kesedihan atau musibah melanda, jangan bersedih, kerana semua itu datang dari Allah swt. Kita hanya hamba, yang tidak punya apa-apa. Bila kita yakin dengan Allah, insyaAllah biar apapun ujian yang menimpa,kita tidak akan mudah gelabah, kesal, kecewa, dan marah kerana itu semua Allah berikan kepada kita..

So, hasilnya kita akan merasa ketidakterhinggaan, rasa apa? rasa bahagia dengan apa yang Allah berikan, bukankah itu total freedom yang kita inginkan. 

Semua orang  nak menuju total freedom bukan?

kadang-kadang Allah memberikan ujian kepada kita, kerana Allah rindukan rintihan hambaNya,  

Layakkah kita untuk marah kepadaNya tatkala diuji dengan musibah? 

mengapa perlu sombong dengan Tuhan? Apa salahnya kita bersyukur dengan nikmat kesenangan yang Allah berikan kepada kita selama ini dengan mengucapkan terima kasih Ya Allah.

Aku selalu bercakap dengan Tuhanku, kerana aku percaya Allah itu Maha Mendengar,

Ya Allah,
Please forgive me,
I love You,
Thank you.


p/s :
Sahabat-sahabat ::::


'Jangan sesekali menghina ALLAH dengan berkata kegagalanmu adalah kehendak dan takdirNYA tatkala anda kurang berusaha,mudah berputus-asa dan malas....Ulama Alhafiz Ibrahim Tuan Man..'

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...