Mengeluh? Percayalah, aku sendiri tak suka bila aku mula mengeluh..
entri yang sebelum ini, La tahzan, memang benar aku mengeluh dengan situasi macam tu, bila2 melibatkan muslimah kesayangan aku. Aku sendiri tidak selesa dengan keadaan macam tu sebenarnya.
Tapi sebenarnya, orang yang menemui kebenaran tidak akan mengeluh, tidak akan berasa sedih, kecewa, marah dan sifat-sifat negatif yang lain. Selagi mana masih mengeluh, masih sedih, kecewa dan marah, aku percaya 'maybe' link dengan rabbul izati masih tidak utuh.
Bila mana kita yakin dengan Allah swt, pasti rasa sedih, kecewa dll tidak akan hadir. Sebab itu keyakinan kepada Allah itu sangat penting. Iman itu adalah asas dalam bagi seorang Islam. Yakin dan percaya dengan Allah, yakin dan percaya dengan janji2 Allah.
Meh sini, aku nak bagitau, mengeluh ni banyak kesan negatifnya,
dalam entri La Tahzan , aku mengeluh, sebab aku sedih dengan keadaan macam tu, tapi bila aku check balik, aku sendiri yang bermasalah sebenarnya, aku susah nak terima keadaan macam ini berlaku. At the end, aku jadi letih, marah dan tidak happy.
Tapi, Alhamdulillah, aku bahagia, rasa keluh, dan sedih itu akhirnya terubat dengan kata-kata pak dak pada aku, jangan rasa sedih, sebab hidayah itu milik Allah, siapa kita kan? that right! so, buat apa nak sedih lagi.. Allah beri aku kesedaran, tak sampai seminggu aku sedih, tapi aku cepat2 nak positifkan diri, its going to be okay. Insyaallah.
Aku ikhlas, redha dan pasrah dengan ujian yang Allah berikan,Ya! aku terima, and sesiapa yang alami situasi macam ni, semoga tabah! lagi satu,
Bukankah kita mempunyai pilihan dalam hidup? mengeluh atau bersabar? hakikatnya, orang yang menemui kebenaran tidak akan mempunyai pilihan, orang yang mengenali diri sebenar dan mengetahui tujuan hidup tidak akan mempunyai pilihan, Percayalah.
Firman Allah
Dan tidaklah pantas bagi lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin apabila Allah dan RasulNya menetapkan suatu ketetapan, akan ada pilihan(orang lain) bagi mereka tentang urusan mereka. Barangsiapa menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dengan kesesatan yang nyata.
[Al Ahzab :36]
To All My muslimah yang disayangi,
Allah swt telah menetapkan syariat yang perlu kita patuhi, kenapa mesti nak buat pilihan lain, selagi mana kita menurut ketetapan yang Allah tetapkan, selagi itu kita akan selamat, kerana Islam itu adalah selamat.
No comments:
Post a Comment