Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Friday, February 8, 2013

Saudaraku yang jauh

Melihat wajah kalian..
hati ini rasa sangat sedih..
walaupun ku tahu kalian itu insan yang kuat dan tabah..

tidak sanggup mata ini melihat derita kalian.
diseksa, dirampas haknya..

wahai ibu..
wahai ayah..
wahai anak..
wahai abang..
wahai kakak..
wahai adik
wahai saudaraku..

maafkan aku..
kerana tidak dapat membantu kamu di sana..
aku hanya dapat melihat penderitaan kalian tanpa membuat apa2pun..

maafkan aku...
namun ketahuilah..
hati aku tidak sanggup melihat penderitaan kalian..
hanya sekeping doa yang mampu aku lakukan..
semoga kalian semua meraih kemenangan..

aku percaya dengan janji Tuhan..
bahawa bumi itu tetap menjadi milikmu..
milik kita bersama..

maafkan aku dan teman di sini..
maafkan kami..
sungguh walau kita tak pernah bertemu.
namun, kita adalah saudara .
Saudara Islam..
aku sangat sayangkan kalian..

Wahai saudaraku!
Di Gaza, Palestin, Syria, Rogingya, Malaysia..

Saudaraku,
Tika aku melihat pemergian kalian,
Bertemu Yang Maha Esa,
Tika itu aku yakin kamu sedang berada di Syurga,
Walaupun pemergianmu sungguh menyayat hati..
Namun, rohmu bahagia di sana..
Dengan sangkaan begitu,

Aku mampu gembira,
kerana Kalian Syahid di jalanNya..
ku tahu, kalian pasrah dan redha dengan ketentuan Tuhan..

Saudaramu,
Yang merindukan Syahid






Rula, ibu kepada 5 orang anak, saat-saat terakhirnya bersama anak-anaknya.

Rula hanya berusia akhir 20 an.
Dia dibunuh hanya kerana dia seorang Ahlu al Sunnah!




Ya Allah, Engkau tepatkan sasaran mujahideen 
dalam menegakkan agamaMu.
Amin Ya Rabb




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...