Jom SaMA2 Kita MengiNgati ALLAH

Hidup Adalah Perjuangan Yang Tidak Pernah Henti...

Ukhwah Kerana Allah

Wednesday, February 6, 2013

Mencari Redha Allah


Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah, Tuhan semesta alam. Tuhan yang berhak disembah, dipuji dan dicintai.Aku berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan dan tipu daya syaitan. Dari segala dosa dan noda yang telah aku lakukan.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad adalah pesuruh Allah. 

"Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang hidup hanya untuk meraih redhaMu. Jadikan aku mencintai sesuatu agar Kau redha kepadaku. Janganlah letakkan cinta lain dihatiku melebihi redhaMu. Bantulah hambaMu ini untuk membina cinta yang mendambakan redhaMu. Kasihanilah aku, Ya Allah. Jagalah diriku dan sediakan aku untuk menerima apa sahaja takdir dan keputusan."


Keredhaan Allah atau mardhotillah adalah impian setiap orang yang beriman. Setiap tindakan yang dilakukan niatnya  kerana Allah dan mendapat redha Allah itu adalah ganjaran yang terbesar.. Redha Allah di atas redha ibu bapa. Mak ayah redhailah saya..  insy

Tahukah redha??

Redha Allah itu ada pada Nabi Ayub as dan Rabiatul Adawiyah..

Nabi Ayub diuji dengan sakit yang menyebabkan kulitnya pecah-pecah dan bernanah sehingga keluarnya ulat-ulat dari kulit baginda. Semasa solat, baginda akan buangkan ulat-ulat. dan sampai satu ketika baginda akan mengutip semula ulat-ulat itu dan kembalikan ke kulitnya.

Apabila ditanya, mengapa baginda berbuat begitu.

'Sesungguhnya, aku redha dengan ujian yang Allah swt. berikan kepadaku.

Rabiatul Adawaiyah, wanita yang tidak berkahwin sehingga ajal menjemputnya kerana kasih dan cintanya hanya untuk Allah. Siang dan malam dia beribadah tanpa mengenal lelah dan jerih, hanya dibuai perasaan cinta semata-mata. 

Rabiatul Adawiyah sanggup masuk ke neraka andai itulah harga untuk meraih redha Allah. 

Hebatnya cinta Nabi Ayub As dan Rabiatul Adawiyah kepadaMu. 

Ya ALLAH..
Aku ikhlas, 
Aku redha,
Aku pasrah.

1-1-3, Khar
6 Februari 2013




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...