Semester ini, aku nak melalui kehidupan yang ‘simple’. Sebab
remaja sukakan kehidupan yang simple bukan? Sedar sikit, aku dah d akhir
remaja. Aha, gaya aku, kakak aku selalu cakap macam orang tua, dari segi
pemakaian aku memang macam orang tua.. ok ape, selagi mana aku selesa.
Aku tak tahu la kalau remaja lain yang macam aku ni, suka
warna yang tak menarik, iaitu kelabu. Memang aku tahu, kelabu tu warna yang tak
menarik dan buruk. Tapi aku suka, nak buat macam mana, aku malu nak pakai warna
terang, merah , oren, sebab terang.maybe self confidence aku kurang kot. betulla
tu, malu plak nak mengaku.
Bila sebut tentang bergaya, dalam banyak2 barang yang
digemari oleh kaum hawa macam aku, aku suka kasut. Barang-barang wanita yang lain macam baju, beg tangan, barang kemas, alat mekap
aku kurang gemar.
Dan kasut kegemaran aku, kasut boot aku. Tapi hari ni, time
aku nak buang sampah, aku tak Nampak kasut warna coklat kat tempat rak kasut,
aku cari, dan lihat betul2 kat area rak tu.. kot-kot la aku tak Nampak, al maklumla,
tak pakai spek kan.. mana tahu aku silap.
Selepas double and triple check, memang ada orang yang
berkenan dengan kasut boot aku tu. So, nak buat macam mana, kasut kesayangan
aku dah tak de.. tapi, aku tak de la menangis, Cuma aku macam tak percaya, ada
juga yang berkenan dengan kasut boot aku tu.. huhu..
Dan yang sebenarnya, aku memang dah rasa, macam tak sedap
hati je letak luar.Selamat ke? Takpe baik2 semua ni..instinct aku agak kuat ,
kalau rasa tak sedap tu, ada la tu..
tapi, aku menggunakan logic akal aku, tak boleh ni bawa masuk dalam
rumah, nanti apa pula kata roommate aku,
bawa kasut dalam bilik, lagipun dalam ni tempat solat kan… actually, boleh je
kalau nak letak kat bawah katil tu.. next time, tanya hati, bukan akal lagi.
Actually, kasut tu aku beli tahun lepas, aku beli dengan
kakak, walaupun aku minat dengan kasut, tapi aku jarang beli kasut, sebab aku hanya akan beli kasut yang
berkualiti, kasut adalah benda keperluan
asas manusia.Hari-hari akan diguna, so why not beli yang mahal sikit.tahan
lama.
Memandangkan sem ni adalah sem yang simple, aku dah buat
keputusan utk membawa pulang semua kasut ke kampung hari tu. Aha!
Tapi, kepada pemilik kasut boot aku tu, aku tak de la marah
kat kamu yang berminat kat kasut aku tu. Sekurang-kurangnya ada juga yang minat
dengan boot aku tu. Apa2pun, aku doakan kaki kamu yang menyarung kasut itu,
akan menjadi sihat dan selamat dunia dan
akhirat. Ikhlas dari hatiku.
Sebab aku suka ->
kalau hujan, kain je yang basah lencun, kaki aku tak basah, so
selesa nak berada dalam kuliah kan.
Kedua, time aku nak naik bas, ada yang tangga tinggi,
ada yang tangga rendah, kalau tangga bus tinggi, tak de la nampak bentuk kaki
aku.
Tu je sebenarnya, sebab aku pilih kasut ni selain memang aku
minat dengan boot.
selamat tinggal kasut boot yang setia!
Hikmah dari kes ni kan.
Aku akan ikut kata hati, selagi
tak langgar hukum Allah,
Kedua, aku yakin, aku ada buat
silap dengan mak, seperti mana aku tak buat apa yang mak minta aku buat
semalam, tak sempat nak laksanakan apa yang mak suruh, aku tertidur, dan bangun pagi tadi baru
teringat.
Reaksi aku? Tenang je sebenarnya
bila dah hilang, tak de marah pun, aku hanya memandang ke luar jendela dan
melihat cahaya matahari semakin suram menandakan azan maghrib semakin hampir.
Terima kasih Ya Allah, kerana
memberikan aku feeling yang great! Aku bahagia, aku happy, aku bersyukur!
Percayalah setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Sayang
Allah. =) hebatkan fikiran positif.
No comments:
Post a Comment